Ramai yang semangat nak beli rumah, tapi bila apply loan… bank reject. 😭
Masalah biasa → gaji tak cukup, hutang tinggi, atau rekod kredit teruk.

Jangan risau! Ada cara nak “cantikkan” profil kewangan supaya bank lebih yakin nak luluskan pinjaman.


1️⃣ Kurangkan Hutang Sedia Ada (Kereta/Personal Loan/Kad Kredit)

  • Bank kira Debt Service Ratio (DSR) = hutang ÷ gaji bersih.

  • Kalau kereta telan RM900 sebulan, itu dah makan banyak portion DSR.
    👉 Tips: Selesaikan hutang kecil dulu (kad kredit/personal loan), DSR jadi lebih lapang → mudah lulus loan.


2️⃣ Bayar Kad Kredit Ikut Masa

  • Walaupun guna sikit, tapi kalau asyik lambat bayar → rekod CCRIS/CTOS jadi buruk.

  • Bank nampak anda “berisiko”.
    👉 Tips: Bayar on time, walau minimum. Lagi baik kalau boleh clear full balance.


3️⃣ Elakkan Banyak Permohonan Loan Serentak

  • Kalau apply 5 bank sekali gus → rekod CCRIS tunjuk semua enquiry.

  • Bank nampak macam “desperate”, terus markah kredit jatuh.
    👉 Tips: Apply 2–3 bank sahaja dengan strategi, bukan hentam semua.


4️⃣ Naikkan Pendapatan (Side Income / Joint Loan)

  • Lagi tinggi gaji, lagi tinggi kelayakan loan.
    👉 Pilihan:

  • Buat side income sah (Grab, Shopee, freelancing).

  • Atau buat joint loan dengan pasangan/ahli keluarga.

  • Pastikan ada bukti masuk bank (bank statement / e-filing).


5️⃣ Tunjukkan Rekod Simpanan & Cukai

  • Bank suka kalau nampak anda ada savings konsisten.

  • Kalau kerja sendiri → penting buat LHDN e-filing. Kalau tak, bank susah nak kira income.


6️⃣ Pilih Rumah Ikut Kelayakan, Bukan Nafsu

  • Kalau gaji RM3k, jangan terus aim landed RM600k. Confirm sangkut.
    👉 Tips: Guna kalkulator loan → pastikan installment tak lebih 30–35% gaji bersih.


7️⃣ Gunakan Ejen Hartanah/Perunding Loan

Kadang masalah bukan gaji, tapi dokumen tak lengkap atau pilih bank salah.
👉 Dengan bantuan ejen/perunding, boleh:

  • Pilih bank yang sesuai dengan profil.

  • Dapat nasihat cara adjust DSR.

  • Elak buang masa apply bank yang confirm reject.

About the Author

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>