Bila nak beli rumah, soalan pertama yang selalu keluar:
“Aku boleh loan berapa sebenarnya?”

Kalau tanya bank terus, kadang pening sebab banyak terma teknikal. Tapi jangan risau – ada cara kiraan ringkas untuk kita tahu anggaran awal.


1. Bank Tengok DSR (Debt Service Ratio)

DSR ni kiraan nisbah hutang bulanan kita berbanding gaji bersih.

  • Biasanya bank luluskan 60–70% daripada gaji bersih untuk semua hutang (kereta, personal loan, kad kredit, dan loan rumah).

👉 Formula mudah:
(Jumlah hutang bulanan ÷ Gaji bersih) x 100% = DSR


2. Contoh Mudah Kiraan

Katakan gaji bersih anda RM4,000 sebulan.

  • Maks DSR 70% → RM2,800 boleh guna untuk hutang.

  • Hutang sedia ada: kereta + personal loan = RM1,000.

  • Baki untuk rumah: RM1,800.

Dengan RM1,800 sebulan ni, anda layak loan sekitar RM350k – RM380k (ikut interest & tempoh pinjaman).


3. Tenure Loan (Tempoh Bayaran)

Lagi panjang tempoh, lagi rendah ansuran bulanan.

  • Maksimum tenure biasanya 35 tahun atau sampai umur 70.

  • Kalau umur 30, boleh dapat tenure penuh (35 tahun).

  • Kalau umur 40, tenure tinggal 30 tahun je.


4. Interest (Kadar Faedah Bank)

Kadar faedah bank biasanya dalam lingkungan 3.8% – 4.5% (ikut OPR & pakej bank).
Bezanya sikit je, tapi effect bulanan boleh jadi ratus ringgit.


5. Ini Anggaran Sahaja – Lebih Baik Check Dengan Saya 😉

Kiraan ni cuma anggaran kasar.
Sebab setiap bank ada polisi berbeza, ada yang lebih ketat, ada yang lebih fleksibel.

👉 Sebab tu lebih bagus kalau check dengan saya terus.
Saya boleh:

  • Semak kelayakan tepat ikut gaji & komitmen anda.

  • Bandingkan pakej loan bank.

  • Tunjuk strategi macam mana nak “bersihkan” DSR kalau sangkut.

About the Author

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>