-
Harga Terlalu Tinggi Tanpa Perbandingan yang Teliti
Ramai pemilik rumah terpengaruh dengan harga yang ditetapkan oleh jiran mereka tanpa mempertimbangkan keadaan rumah, lokasi, atau saiz rumah mereka sendiri. Sebagai contoh, jika jiran letak RM500k, mereka pun nak harga sama. Padahal, harga yang lebih tinggi dari nilai pasaran akan membuatkan rumah tersebut sukar dijual dan bakal kehilangan pembeli. -
Kondisi Rumah Tidak Dijaga dengan Baik
Rumah yang kotor, dengan lantai berhabuk, rumput yang panjang, atau cat yang pudar memberi kesan buruk kepada pembeli pertama kali. Mereka bukan hanya membeli rumah, tetapi juga menginginkan rumah yang ‘siap pakai’ tanpa perlu melakukan banyak kerja pembaikan. -
Dokumen Tidak Lengkap dan Tertunda
Jika geran hilang, bil tertunggak, atau cukai belum dibayar, ini boleh melambatkan proses jual beli dan memberi kesan buruk terhadap keseriusan penjual. Pembeli boleh berubah fikiran atau membatalkan tawaran mereka hanya disebabkan oleh masalah dokumen yang tidak teratur. -
Tidak Mengikut Nasihat Ejen Hartanah
Ejen hartanah yang berpengalaman biasanya mempunyai maklumat pasaran terkini dan tahu harga yang sesuai untuk rumah anda. Tetapi, apabila pemilik rumah lebih suka mengikut harga yang mereka tetapkan sendiri, tanpa mengambil kira nasihat ejen atau keadaan pasaran semasa, rumah akan lebih lama tergantung di pasaran. -
Emosi Terlalu Ikat Dengan Rumah
Memang tidak dapat dinafikan, setiap rumah mempunyai kenangan tersendiri bagi pemiliknya. Namun, pembeli tidak membeli kenangan, mereka membeli rumah yang praktikal dan menguntungkan. Jika pemilik terlalu terikat dengan emosi, seperti menetapkan harga terlalu tinggi berdasarkan nostalgia, ia boleh menyukarkan proses jual beli dan menghalang tawaran yang adil.

0 comments