Ramai yang semangat nak beli rumah, tapi bila apply loan… bank reject. 😭
Masalah biasa → gaji tak cukup, hutang tinggi, atau rekod kredit teruk.
Jangan risau! Ada cara nak “cantikkan” profil kewangan supaya bank lebih yakin nak luluskan pinjaman.
1️⃣ Kurangkan Hutang Sedia Ada (Kereta/Personal Loan/Kad Kredit)
-
Bank kira Debt Service Ratio (DSR) = hutang ÷ gaji bersih.
-
Kalau kereta telan RM900 sebulan, itu dah makan banyak portion DSR.
👉 Tips: Selesaikan hutang kecil dulu (kad kredit/personal loan), DSR jadi lebih lapang → mudah lulus loan.
2️⃣ Bayar Kad Kredit Ikut Masa
-
Walaupun guna sikit, tapi kalau asyik lambat bayar → rekod CCRIS/CTOS jadi buruk.
-
Bank nampak anda “berisiko”.
👉 Tips: Bayar on time, walau minimum. Lagi baik kalau boleh clear full balance.
3️⃣ Elakkan Banyak Permohonan Loan Serentak
-
Kalau apply 5 bank sekali gus → rekod CCRIS tunjuk semua enquiry.
-
Bank nampak macam “desperate”, terus markah kredit jatuh.
👉 Tips: Apply 2–3 bank sahaja dengan strategi, bukan hentam semua.
4️⃣ Naikkan Pendapatan (Side Income / Joint Loan)
-
Lagi tinggi gaji, lagi tinggi kelayakan loan.
👉 Pilihan: -
Buat side income sah (Grab, Shopee, freelancing).
-
Atau buat joint loan dengan pasangan/ahli keluarga.
-
Pastikan ada bukti masuk bank (bank statement / e-filing).
5️⃣ Tunjukkan Rekod Simpanan & Cukai
-
Bank suka kalau nampak anda ada savings konsisten.
-
Kalau kerja sendiri → penting buat LHDN e-filing. Kalau tak, bank susah nak kira income.
6️⃣ Pilih Rumah Ikut Kelayakan, Bukan Nafsu
-
Kalau gaji RM3k, jangan terus aim landed RM600k. Confirm sangkut.
👉 Tips: Guna kalkulator loan → pastikan installment tak lebih 30–35% gaji bersih.
7️⃣ Gunakan Ejen Hartanah/Perunding Loan
Kadang masalah bukan gaji, tapi dokumen tak lengkap atau pilih bank salah.
👉 Dengan bantuan ejen/perunding, boleh:
-
Pilih bank yang sesuai dengan profil.
-
Dapat nasihat cara adjust DSR.
-
Elak buang masa apply bank yang confirm reject.
0 comments